Monday 7 November 2016

Tidak sedar tidur dalam lumpur




Lima: Seorang lelaki tidak sedar dia tidur dalam lumpur di tebing sebuah sungai dalam keadaan hampir bogel.
Penduduk di Cajamarca, Peru, mulanya menyangka lelaki berkenaan, Jorge Luis Villanueva Anticona sudah tidak bernyawa.
Polis yang menerima laporan tiba di tempat kejadian dan bertindak pantas untuk menariknya dari sungai Mashcon.
Rakaman video yang viral di Internet menunjukkan Anticona terkejut apabila terjaga dan melihat polis di sekelilingnya sambil berkata: “Saya tidak melakukan sebarang kesalahan.’
Polis kemudian menyiramnya sebelum membawanya ke hospital.
Satu sumber berkata, Anticona terlalu mabuk selepas minum terlalu banyak arak malam sebelumnya sehingga ada yang berkata, dia mati akibat keracunan alkohol.
Menurut media tempatan, lelaki itu dilihat menyusuri tebing sungai dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum dia dipercayai pengsan dan terbaring di dalam lumpur. 

- Agensi/Metro

No comments: