Monday 15 August 2016

Terkejut lelaki hentak kepala ke cermin bas

Terkejut lelaki hentak kepala ke cermin bas

HEILONGJIANG - CHINA. Penumpang sebuah bas terkejut apabila seorang lelaki tiba-tiba berlari ke arah cermin hadapan bas sebelum menghentakkan kepala ke arah cermin bas tersebut.
Memetik laporan portal berita antarabangsa, Shanghaiist.com, insiden tersebut berlaku selepas bas yang dinaiki oleh mereka baharu sahaja mengalami kemalangan melibatkan perlanggaran lampu isyarat lalu lintas di bandar terbabit.
Menurut saksi kejadian, lelaki itu berlari secara tiba-tiba ke arah cermin hadapan bas sebanyak dua kali.
Dia dikatakan menghentakkan kepalanya pada cermin hadapan bas sebanyak dua kali sebelum cermin tersebut pecah dan menembusi kepala serta tubuhnya.
“Selepas memecahkan cermin bas, lelaki itu terperangkap dan tidak dapat keluarkan kepalanya daripada cermin. Ada penumpang yang tampil membantu mengeluarkan lelaki itu, namun ia tidak berjaya.
“Kaca cermin menyebabkan dia mengalami pendarahan. Bagaimanapun dia masih stabil dan sedar sepenuhnya sehingga paramedik tiba,” kata saksi yang tidak dikenali.
Mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat yang turut tiba di lokasi tidak lama kemudian.
Lelaki itu dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan dan disahkan hanya mengalami lebam dan luka di beberapa bahagian tubuh badan.
Sementara itu, polis masih menyiasat punca kejadian dan tidak menolak kemungkinan mangsa mempunyai penyakit mental.

-Sinar

No comments: