Tuesday 17 March 2015

‘Hantu’ gagal rompak


Abu Dhabi: Seorang wanita warga Filipina cuba menyamar menjadi ‘hantu’ dengan berpakaian abaya hitam, bertopeng dan bertudung putih untuk merompak sebuah pusat tukaran wang di sini.

Dia juga mengancam menembak kakitangan dengan pistol yang didapati plastik dan membawa bersama-samanya pisau yang akan digunakan jika cubaannya menakutkan pekerja berkenaan dengan senjata palsu itu gagal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Abu Dhabi Kolonel Dr Rashid Mohammad Borshid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pusat berkenaan mengenai kejadian itu,

Bagaimanapun, apabila tiba, suspek sedang bergelut dengan beberapa pekerja. “Dia cuba melarikan diri tetapi kami berjaya menghalangnya,” kata Rashid.

Ketika disoal siasat, wanita itu yang dikenali sebagai ALR dan berusia 37 tahun mengaku menetap secara haram di Abu Dhabi. Menurutnya, dia cuba merompak kerana terdesak untuk membayar hutangnya Dh140,000 (RM141,00). - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37467#sthash.RLM090ww.dpuf

No comments: