Wednesday 4 February 2015

Gigit lidah dapatkan DNA penyerang

London: Seorang wanita sempat menggigit lidah lelaki yang cuba merogolnya untuk membolehkan contoh DNA diambil bagi tujuan siasatan. Adele Barber, 29, berkata, dia diserang Ferdinand Manila, 28, ketika melalui lorong yang sunyi untuk pulang ke rumahnya pada jam 5 petang, tahun lalu.

“Keadaan masih cerah dan saya tidak menyangka sesuatu yang buruk boleh berlaku. Alangkah terkejut apabila seorang lelaki tiba-tiba menolak dari belakang sebelum cuba mencium saya.“Kejadian itu bukan kali pertama saya diserang, malah 10 tahun lalu pernah menjadi mangsa rogol. Disebabkan itu saya enggan mengalah dan terus menggigit lidahnya kerana tahu itu boleh digunakan sebagai bahan bukti,” katanya.

Akibatnya, hujung lidah suspek terputus dan dia berjaya menyelamatkan diri dengan cebisan organ berkenaan di dalam mulutnya.“Saya terus berlari pulang dan menelefon polis sebelum memberitahu suami saya kejadian itu. “Mereka menasihatkan saya memasukkan cebisan daging itu ke periuk yang bersih dan membawanya kepada polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Manila berjaya ditangkap dua bulan kemudian malah dia dikenal pasti menyerang seorang lagi wanita berusia 55 tahun pada hari sama. Dia kini ditahan di hospital sakit jiwa tanpa had tempoh. Ketika menjatuhkan hukuman, Hakim Barbara Mensah memuji keberanian Adele.

- Agensi - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28110#sthash.lhmnGdrZ.dpuf

No comments: