Wednesday 25 February 2015

Gelora dua jiwa cinta terlarang

Kuala Lumpur: Akibat terlalu taasub dengan satu ajaran songsang sehingga melabelkan suami sendiri sebagai najis, seorang wanita bergelar Datin yang sanggup menjalinkan hubungan sulit dengan teman sealiran kononnya lebih warak akhirnya dicekup berkhalwat dengan lelaki itu di dalam sebuah kereta, tengah hari semalam.

Wanita dan pasangannya ditahan kira-kira jam 11.30 pagi semalam di dalam sebuah kereta di tepi jalan di Bandar Sri Damansara oleh Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas mendapat aduan orang ramai.

Ketaasuban disulami cinta terlarang pasangan itu berlarutan sejak lebih setahun lalu selepas sama-sama sering berbincang mengenai kuliah pengajian dianjurkan sebuah pertubuhan di pinggir ibu negara menyebabkan wanita ahli perniagaan itu tergamak menuduh suami sendiri terkeluar daripada ajaran agama Islam sebenar.
Sumber berkata, Datin berusia 40-an itu sudah mempunyai tiga anak bersama suaminya berusia lapan hingga 15 tahun, namun selalu bersama pasangan kekasih gelapnya itu dan bersikap dingin dengan suaminya sendiri termasuk tidur berasingan.

“Akibat taasub melampau dengan ajaran berkenaan, wanita itu sengaja mencari alasan untuk memburukkan suaminya dengan menuduh lelaki itu terkeluar daripada Islam selain mengamalkan ajaran bercanggah serta sesat.

-Metro

No comments: