Thursday 12 February 2015

Balas dendam atas katil

Agensi Al -Ain, UAE: Sekumpulan pembantu rumah yang dipercayai menjadi mangsa rogol berulang kali dan dikurung ejen mereka membalas dendam dengan membunuh lelaki terbabit. Mangsa yang berasal dari Asia itu melihat kesempatan melunaskan dendam mereka terbuka luas apabila suspek mengarahkan dia diurut.

Menurut sumber polis, ketika beberapa wanita terbabit mengurut badan lelaki Arab terbabit, mereka tiba-tiba bergabung tenaga mencekiknya sehingga mati. Bagaimanapun, jumlah pembantu rumah terbabit dalam kejadian itu tidak didedahkan.

Polis berkata. semua mangsa sudah lama mencari peluang untuk membalas dendam kerana tidak tahan berulang kali didera secara seksual. Mahkamah diberitahu, selain dirogol wanita berkenaan dikurung di apartmen lelaki terbabit untuk tempoh lama. Mangsa tidak dapat melarikan diri kerana pasport mereka dipegang suspek. Lelaki durjana itu juga memeras wang daripada mangsa dari semasa ke semasa.

Akhbar al Ittihad semalam melaporkan, mangsa dibunuh ketika berbaring untuk diurut di katilnya. Dalam perbicaraan, hakim menjatuhi hukuman penjara hanya setahun kerana tertuduh diampunkan keluarga mangsa apabila mereka membayar wang pampasan.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/30293#sthash.6iO7Hhxu.dpuf

No comments: