Tuesday 29 October 2013

Pengebom direjam sampai mati

Ghazni: Penduduk kampung merejam sehingga mati seorang lelaki sebelum menembak mayatnya kerana disyaki meledakkan sebutir bom dalam sebuah bas, kata pegawai setempat semalam.
Letupan di pinggir jalan itu membabitkan sebuah bas mini membawa tetamu majlis kenduri kahwin di Ghazni kelmarin.

Seramai 18 orang - kebanyakannya wanita - terbunuh dalam kejadian itu.

Penduduk kampung memburu seorang lelaki tempatan yang dilihat bersembunyi dalam sebuah reban ayam bersebelahan rumahnya.

Sebuah alat kawalan jauh dipercayai untuk meledakkan bom ditemui berhampiran tempat itu.

Timbalan Gabenor Ghazni, Mohammad Ali Ahmadi berkata, kira-kira 100 orang berkerumun dan mengheret lelaki terbabit sebelum membelasahnya.

“Lelaki itu kemudian direjam dengan batu sehingga mati,” katanya dalam satu kenyataan.

- AFP/Metro

No comments: