Monday 21 October 2013

10 Perkahwinan paling singkat di Hollywood

10 Perkahwinan paling singkat di Hollywood
 
By Izzati Husna
 
Di Hollywood, kisah-kisah cinta yang berpanjangan sehingga ke akhir hayat sangatlah sedikit dan boleh dikira dengan jari. Hubungan cinta di Hollywood mempunyai sejarah yang terkenal kerana berlaku dan berakhir dalam masa yang singkat. Berikut adalah top 10 perkahwinan paling singkat di Hollywood sepanjang tempoh 15 tahun ini.
 
Britney Spears & Jason Alexander: 2 hari
Ia semua bermula dan berakhir pada Tahun Baru 2004 apabila Britney Spears menjemput kawan semasa zaman kanak-kanaknya ke Las Vegas. Dalam masa hanya 55 jam, Spears dan Alexander mengakhiri perkahwinan tersebut yang didakwa berlaku akibat mabuk yang berlebihan.

Carmen Electra & Dennis Rodman: 6 hari
Selepas setahun yang teruk untuk Carmen Electra dan Dennis Rodman, kedua-dua mereka bersama untuk berkahwin di sebuah gereja kecil di Las Vegas pada tahun 1998. Namun begitu, ia nampak jelas bahawa perkahwinan itu adalah semata-mata untuk publisiti kerana hubungan tersebut berakhir hanya enam hari kemudian.

Mario Lopez & Ali Landry: 2 minggu
Apabila bekas Miss USA bertemu dengan pelakon di pertandingan ratu cantik Miss Teen USA pada tahun 1998, bibit-bibit cinta muncul antara pasangan yang sama-sama cantik ini. Selepas berkasihan selama 6 tahun, Lopez dan Landry berkahwin pada 2004. Walau bagaimanapun, perkahwinan itu berakhir dua minggu kemudian apabila khabar angin mula tersebar bahawa Mario Lopez curang dengan beberapa pasangan yang berbeza.

Eddie Murphy & Tracey Edmonds: 2 minggu
Apabila pasangan itu bertukar-tukar ikrar pada Hari Tahun Baru 2008 di sebuah pulau persendirian terletak di Bora Bora, terdapat harapan yang tinggi untuk pasangan ini untuk kekal walaupun perkahwinan mereka tidak sah di Amerika Syarikat. Malangnya, dua minggu selepas perkahwinan, pasangan ini mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mengambil keputusan untuk melepaskan majlis yang rasmi dan hubungan mereka kekal sebagai rakan.

Kim Kardashian & Kris Humphries: 72 hari
Kim Kardashian dan Kris Humphries berkahwin pada bulan Oktober 2011 semasa siaran langsung di televisyen berharga $10 juta (sekitar RM30 juta). Dalam masa beberapa hari, khabar angin mula tersebar tentang pasangan ini yang dilanda masalah. Akhirnya, Kim Kardashian memfailkan perceraian 72 hari kemudian, manakala Humphries berjuang atas permintaan untuk pembatalan dan tuduhan serius menipu.

Lisa Marie Presley & Nicolas Cage : 3 bulan
Lisa Marie Presley mempunyai sejarah yang panjang mengenai perkahwinannya yang bermasalah, tetapi perkahwinan dengan Nicholas Cage pasti yang paling teruk dalam hidupnya. Selepas pertunangan yang singkat selama sepuluh hari, Cage dan Presley telah berkahwin pada 10 Ogos 2002. Selepas hanya 107 hari, pasangan ini memfailkan perceraian. Malah, prosiding perceraian berlangsung lebih lama daripada hubungan perkahwinan iaitu lebih daripada 18 bulan.

Kid Rock & Pam Anderson: 4 bulan
Selepas majlis perkahwinan bertema 'rock-n-roll' di atas kapal layar di Saint-Tropez pada tahun 2006, si 'rocker' dan model/pelakon membatalkan perkahwinan itu selepas empat bulan kemudian. Kedua-dua bintang itu menyatakan perbezaan sebagai punca perceraian, yang membawa persoalan tentang bagaimana perkahwinan bersama 'rocker' lain berakhir dengan Anderson.

Jennifer Lopez & Cris Judd: 4 bulan
Hanya beberapa bulan selepas berpisah dengan Diddy, Jennifer Lopez kembali bercinta dan berkahwin dengan koreografer dan pemuzik Cris Judd pada tahun 2001. Selepas percintaan dilanda badai, pasangan itu memfailkan perceraian hanya empat bulan kemudiannya dan Judd menerima pembayaran yang besar sebanyak $14 juta (RM44 juta).

Renée Zellweger & Kenny Chesney: 4 bulan
Pasangan unik benar-benar tidak dijangka berkahwin pada tahun 2005. Walaubagaimanapun, dalam tempoh empat bulan, hubungan mereka berhenti dan perkahwinan dibubarkan. Dalam prosiding undang-undang, Zellweger menamakan punca perpisahan sebagai 'penipuan', yang menimbulkan pelbagai persoalan yang menarik tentang orientasi seksual Chesney.

Drew Barrymore & Tom Green: 5 bulan
Dari awal, pasangan yang kelihatan tidak serasi telah ditakdirkan untuk gagal. Selepas berkahwin pada tahun 2001, Green mendapati beliau menghidap kanser testis manakala rumah Barrymore terbakar. Lima bulan kemudian perkahwinan berprofil tinggi ini berakhir, sama dengan nasib buruk kedua-dua pihak.

No comments: