Saturday 14 September 2013

Padah Merempit :3 remaja berlumba haram maut rempuh lori tangki

KEADAAN tiga motosikal yang remuk selepas dirempuh lori tangki minyak mengakibatkan tiga remaja maut di Kilometer 120.5 Jalan Kuantan-Segamat di Muadzam Shah, Rompin malam tadi. - UTUSAN ROMPIN 14 Sept. - Padah merempit. Begitu yang berlaku terhadap tiga 3 remaja berlumba haram maut rempuh lori tangkiremaja yang terbunuh selepas selepas motosikal ditunggang mereka gagal mengelak sebuah lori tangki minyak ketika sedang berlumba haram di Kilometer 120.5, Jalan Kuantan-Segamat di Muadzam Shah di sini tengah malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa ialah Mohamad Mubarak Mohamad Sabri, 18; Mohd. Ilham Kusyairy Ahmad Roslan, 16, dan Mohd. Hakim Ghazali, 17, yang kesemuanya berasal dari Felda Keratong 9 di sini. - UTUSAN ONLINE

No comments: