Tuesday 10 September 2013

Bukit Aman tumpaskan sindiket dadah terbesar, nilai rampasan RM50 juta


KUALA LUMPUR: Bukit Aman menumpaskan sindiket pengedaran dadah dalam dan luar negara yang disifatkan terbesar untuk tahun ini dengan nilai rampasan kira-kira RM50 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, sindiket tumpas selepas sepasukan anggota polis Bukit Aman menyerbu dua rumah teres di Jalan Gemilang, Cheras dan di Bandar Sungai Long, Kajang selain menahan lima suspek termasuk seorang wanita berusia antara 26 hingga 57 tahun, malam semalam.

Sindiket ini juga dikesan mengedar pelbagai jenis dadah seperti syabu, heroin dan pil estasy bagi mengaut keuntungan berganda selain turut menyeludup keluar barangan berkenaan ke beberapa negara jiran.

-BH

No comments: