Friday 12 July 2013

Puteri diraja Arab Saudi didakwa perdagang manusia

SANTA ANA, California 12 Julai - Prosiding pendakwaan puteri diraja Arab Saudi atas tuduhan memperdagangkan manusia di Amerika Syarikat yang sepatunya bermula hari ini, telah ditangguhkan.
Meshael Alayban, 42, muncul di Mahkamah Agung Orange County pada Khamis, tetapi peguamnya mengemukakan permohonan menangguhkan prosiding dan hakim menjadualkannya semula kepada 29 Julai ini.
 
Alayban ditahan selepas seorang pembantu rumah wanita berusia 30 tahun mengadu dipaksa bekerja lebih masa dan tidak dibenarkan mengambil cuti.
 
Pekerja tersebut memberitahu, dia diambil bekerja di Kenya pada 2012 dan kemudian dibawa ke Arab Saudi, di mana pasportnya telah diambil.
 
Hakim mengeluarkan perintah perlindungan menghalang Alayban daripada berhubung dengan pembantu rumah tersebut, yang mana namanya tidak didedahkan.
 
Pihak berkuasa memberitahu, pembantu rumah dari Kenya itu telah menandatangani kontrak dua tahun dengan agensi pekerjaan yang menjanjikan bayaran AS$1,600 sebulan untuk kerja lapan jam sehari, lima hari seminggu. Tetapi bermula Mac, 2012 dia dipaksa memasak, membersih dan melakukan kerja-kerja lain selama 16 jam sehari dan tujuh hari seminggu.
 
Hakim sebelum ini mengarahkan Alayban dijamin AS$5 juta, dipantau melalui GPS dan dilarang meninggalkan negara ini tanpa kebenaran. - AP/Utusan

No comments: