Thursday 18 July 2013

Alvin Tan, Vivian Lee mohon dibicara

KUALA LUMPUR: Pasangan kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas tiga tuduhan mempamer gambar lucah, menerbitkan satu penerbitan menghasut serta memuat naik kandungan itu di laman sosial Facebook, baru-baru ini.

Mereka yang mencetuskan kontroversi dengan memuat naik gambar makanan haram sebagai juadah berbuka puasa dalam Facebook bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan bagi semua tuduhan itu.

Berdasarkan tuduhan pertama, Alvin atau Tan Jye Yee, 25, dan Vivian, Lee May Ling, 24 didakwa menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman muka buku (Facebook) "Alvin dan Vivian-Alvivi" iaitu satu kandungan gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (Dengan Bak Kut Teh.. Wangi, Enak, Menyelerakan!!!" yang mengandungi logo Halal serta ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Mereka juga didakwa memuat naik kandungan itu sehingga berkemungkinan menyebabkan rasa permusuhan atas alasan agama antara orang yang menganut agama berlainan.

Sementara itu, mereka turut didakwa mempamerkan gambar didapati lucah di laman sosial mengikut Akta Penapisan Filem.-Metro

No comments: