Thursday 27 June 2013

Zulkifli, Sabarudin mati ditembak di kepala - Pakar

KOTA KINABALU 26 Jun - Seorang Pakar Forensik Hospital Queen Elizabeth memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa punca kematian dua anggota VAT 69 yang terkorban dalam serangan kumpulan pengganas Kiram di Kampung Tanduo Lahad Datu pada 1 Mac lalu adalah kerana tembakan di kepala.

Dua anggota yang terkorban dalam insiden itu ialah Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29, dan Allahyarham Sarjan Sabarudin Daud, 46.

Dr. Amir Saad Abdul Rahim melakukan bedah siasat terhadap kedua-dua mangsa itu pada pukul 7 malam hari sama selepas pertempuran antara pasukan keselamatan negara dan kumpulan pengganas Kiram berlaku.

Beliau yang melakukan kira-kira 900 bedah siasat sejak berkhidmat sebagai doktor pada 1996 berkata demikian semasa disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan dalam perbicaraan kes Koperal Hassan Ali Basari yang didakwa dengan sengaja tidak memberi maklumat mengenai pengganas di Lahad Datu. - UTUSAN ONLINE

No comments: