Tuesday 18 June 2013

Nenek, wanita sarat mengandung tawar khidmat seks ditahan

18/06/2013 9:35am

JOHOR BAHRU - Seorang nenek warga Indonesia yang mempunyai seorang cucu ialah antara ditahan oleh Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen kerana terlibat menawarkan khidmat seks dalam satu operasi di sebuah hotel bajet di pusat bandar raya di sini malam tadi.

Turut dicekup ialah seorang wanita yang sarat mengandung tujuh bulan bersama lima wanita warga Indonesia yang lain.

Menurut Timbalan Pengarah Imigresen, Khairul Anuar Abu Bakar, kesemua tahanan akan dibawa ke Depo Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Pontian untuk tindakan susulan. - KOSMO!

No comments: