Monday 18 March 2013

Dr Sidek : Rangkaian Zionis Anwar Diragui

Published by AIDCom Prof. Datuk Dr. Sidek Baba berkata bahawa beliau tidak menyangka bekas sahabat baiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempunyai hubungan baik dengan rangkaian Zionis khususnya yang berpangkalan di Amerika Syarikat. “(Sebelum ini) kita tidak tahu hubungannya (Anwar) dengan pihak-pihak lain, contohnya networking Zionis, Amerika. Jadi kita tahu kemudian. “Dalam siasatan saya, dalam networking ini…saya percayalah dalam soal hubungan Anwar ini dalam pelbagai bidang dan lapangan itu, benda itu (berlaku) lebih lama daripada itu,”katanya didedahkan dalam video terbaru iFiles: Manusia Pelbagai Wajah, Bab 4. Menurutnya, bukan setakat beliau, malah bekas Perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengambil masa berbulan-bulan untuk mempercayai tuduhan-tuduhan yang dikenakan ke atas Anwar kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu selalu mempotretkan dirinya sebagai seorang yang Islamik. “Tun Mahathir melatih Anwar lama. Apabila dia (Anwar) dipecat sudah pasti tidak semua orang boleh menerimanya, termasuk saya. “Kemudian, apabila saya selidik daripada sumber-sumber dalaman… bahawa Tun Mahathir, apabila laporan perisikan datang kepadanya, dia (Mahathir) tidak mudah menerima, tak silap saya, ia memakan masa berbulan-bulan untuk menerimanya.Bermakna, Tun Mahathir seorang yang teliti dan hati-hati. “Saya cari maklumat lagi..selepas saya mengetahui soal integriti Anwar ini.. (maka) pendirian Dr Mahathir untuk memecat Anwar adalah betul untuk kepentingan keselamatan negara dan umat Islam di Malaysia,” katanya lagi

No comments: