Monday 24 December 2012

Minum ubat dengan jus limau gedang boleh membawa maut


MENGAMBIL ubat dengan jus limau gedang boleh meningkatkan dosej ubat-ubatan hingga 330 peratus.


MENGAMBIL ubat bersama beberapa jenis jus buah-buahan terutamanya limau boleh membawa maut.

Menurut satu kajian yang diterbitkan oleh Jurnal Persatuan Kesihatan Kanada, reaksi ubat-ubatan tertentu jika diambil bersama limau gedang dan beberapa jenis buah limau yang lain boleh menyebabkan kematian, kegagalan fungsi ginjal, kegagalan fungsi paru-paru, pendarahan usus dan beberapa komplikasi lain.

Kata seorang penyelidik, Dr. David Bailey, sebanyak 85 ubat dilaporkan mampu memberi reaksi negatif dan boleh menimbulkan kesan sampingan yang serius jika diambil bersama jus limau gedang.
"Reaksi ini terjadi kerana terdapat kandungan furanocoumarin yang aktif dalam buah limau gedang yang boleh mengganggu fungsi enzim dalam tubuh.

"Selain itu, kandungan ini juga dapat menggandakan dosej ubat menjadi beberapa kali lebih banyak dan menyebabkan pesakit menghidapi masalah lebihan dosej.

"Bagi ubat yang rendah dosnya, furanocoumarin dapat meningkatkan kesannya namun untuk ubat yang sudah tinggi dosnya, furanocoumarin boleh menyebabkan pesakit berdepan masalah lebihan dosej sehingga 330 peratus," ujar Bailey.

Selain limau gedang, lemon juga mengandungi furanocoumarin manakala ubat yang boleh memberi reaksi negatif dengan buah-buahan ini ialah ubat tekanan darah tinggi, ubat antikanser dan antikolesterol.

"Memandangkan pengambilan jus limau boleh meningkatkan dosej ubat, doktor ataupun pesakit perlu peka dan berhati-hati. Sebaiknya, ambillah ubat dengan air masak," kata Bailey.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1223&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_06.htm#ixzz2FyJXD7x8

No comments: